Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami


AYAT BARU JEPUN Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni. 01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI 02. Yang suka berjimat - SAYORI 05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO 06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI 07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA 03. Yang bisu - KIETA TADASORA 04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA 08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI 09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI 10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA 11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA 12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI 13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI 14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI |
| Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud : 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang. Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan Kelunyalidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' |
Before marriage.... He: Yes. At last. It was so hard to wait. She: Do you want me to leave? He: No! Don't even think about it. She: Do you love me? He: Of course! Over and over! She: Have you ever cheated on me? He: No! Why are you even asking? She: Will you kiss me? He: Every chance I get. She: Will you hit me? He: Are you crazy! I'm not that kind of person! She: Can I trust you? He: Yes. She: Darling! After marriage.... Simply read from bottom to top. | |||
|




Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.
Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.
Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu. Tiba-tiba anaknya menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.
Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.
"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya. Anaknya menjawab: "Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah".
Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak. "Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunun lagi.
Anaknya menjawab: "Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.
Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.
Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih kurang dua belas tahun.
Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.
Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal."
ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!! !KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.
Sumbangan : Nu'man An-Nabighoh