Subject: 9 jenis syaitan yg sering menganggu anak adam.
patutla..bila mak2 zaman dolu2 marah ananye,..suka kata ..`kau nie nak jadi ape..nak jadi anak setan!!! :)
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Haa..yg bawah ni tambahan aje tau :
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!
12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.
Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm
Kah! Kah! Kah!.. yg sambungan nie le yg aku tak tahan nak gelak...geli hati aku baca... ekkekee.... Tapi jgn plak di lupa 9 jenis syaitan yg jahat tu... beringatlah...kita sering di bisik oleh syaitan untuk melalaikan kita. Semoga kita beroleh berkat dengan ilmu ni. Untung² kita semakin beringat ingat.
Update skit : BIODATA IBLIS
Nama : Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran : Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s .
Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri : Fasik kelas pertama
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama : Kufur.
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Tempat tinggal di dunia : Hati-hati mereka yang lalai
Jenis perkhidmatan : Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat : Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan : Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan : Pasar-pasar
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap : Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya : Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang : Sebarang tatu
subhanallah
ReplyDelete