clik disini ye

Thursday, September 27, 2012

                                                      Gris trap
apa itu gris trap..gris trap ialah tempat pengumpulan sisa makanan dari lubang singki cafe atau kantin.
contohnya seperti singki basuh pinggan atau basuh tangan.Segala sisa dari situ akan terus 
di buang ke tempat takungan lebihan sisa makanan yang dipanggil gris trap.
 tujuan utama fungsi gris trap ialah untuk menghalang sisa-sisa makanan yang keras
serta pejal dari tersumbat dalam sistem paip.
Sekarang banyak bangunan kerajaan telah menggunakan sistem seperti ini.
Selalunya bilik gris trap terletak di bawah bangunan cafe atau kantin tersebut.
  Ia akan memudah kan pekerja membuang sisa-sisa makanan yang telah terkumpul.
Disini ada beberapa gambar penyelenggaraan sistem paip dari cafe ke gris trap.
Paip dari cafe ini didapati tersumbat dan mengakibatkan air dari singki cafe tidak mengalir
dan ia akan bertakung pada singki.Dan didapati terdapat pelbagai bendaasing masuk didalam 
paip tersebut..Anda lihat sendiri yer.......

Wednesday, September 26, 2012

                                                     subhanallah




“Bila musim panas ja lalat bukan main banyak lagi ya..” Saya membuka cerita petang itu. Mata kami memerhati sekumpulan lalat yang liar hinggap di permukaan tikar plastik. Sengaja kami hamparkan tikar di atas sutuh rumah baru Hasbul Nizal usai membantu proses perpindahan.
Beliau dah zaujahnya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Lalu imarah kosong tinggalan arab itu disewakan buat tumpangan mereka berdua melayari bahtera.
“Tula, banyak ya lalat..” Balas Sulaiman.
“Ana pelik juga ya, waktu musim sejuk lalat pi mana habis..tak dak pulak.” Saya menyambung.
“Lalat dia simpan benih siap-siap kot..”
“Ka pakat lari dok dalam selimut sebab sejuk..hehe.” Sambung saya serentak suara Sulaiman dihujung. Kami ketawa memecah sunyi hening petang. Sesekali bayu senja berputar menerobos celah rekahan bangunan berbatu.

  Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.