clik disini ye

Sunday, December 5, 2010

SILA TINGGAL KAN KOMEN ANDA..APASAL BLACKBERRY NI DIGILAI RAMAI,,,,,
SEBAB AKU TENGOK TAKDA YANG ISTIMEWA PUN,,,

Friday, November 26, 2010

KISAH SERAMMM

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

10 PERKARA MENGENAI JIN


1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.



3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
-- 

Wednesday, November 3, 2010

Alhamdulillah,,,akhirnya dapat jugak B.E..   kepada kengkawan kalau nampak iklan ni
jangan lupa support ye...tima kaceh,,,,



Saturday, October 23, 2010

MARI TENGOK SERANGGA DARI DEKAT,,,,,

                                                  

Saturday, September 25, 2010

Kepada penido penido yang serius

disini ada petua untuk bangun pada waktu yg anda khendaki.......gua selalu mengamalkan petua ini,
alhamdulillah ,memang berkesan,,,,caranya mudah sajeee,,
baca bismillah 21x,alhamdulillah 21x,

lepas tu tido kepala mengereng kekanan.kelebihannya tido tidak diganggu syaitan,,,insyallah,,,

Saturday, September 18, 2010

HAKIKAT DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

KISAH TELADAN

Kisah ini boleh dijadikan pedoman supaya kita menjadi seorang yang tidak tamak...

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Wednesday, September 1, 2010

 

CINTA SEORANG IBU
[Author : unknown]
 
Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua
dengan
anak satu-satunya.
Suaminya sudah lama meninggal karena sakit.
 
Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya.

Sunday, August 29, 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

 Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan

Wednesday, August 25, 2010

aduh,,suwei tul ...kick start moto gua patahhhhh pulok .adoiyai..

nak raya ni adaaaa je yg nk kuar.yg masyuk bila agaknyer,,,

Wednesday, August 18, 2010

WAJIB BACA

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Thursday, August 12, 2010

9 sebab-sebab hati tidak bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM

  • Mohd Nizam bin A. Badaruddin

    Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

    1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

    2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

    5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

    8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

    9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan
    Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

Sunday, August 1, 2010

Friday, July 30, 2010

pengalaman bersama yakuza

dulu dalam tahun 1992 bloggerman gi jepun utk kursus,

so bila ada masa terluang,,,gua pun cari la kedai game utk hiburkan hati.

Tuesday, July 27, 2010

BINA PERIBADI WAKTU MAKAN

Bina Peribadi Waktu Makan
      Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa
      menjadikan  waktu  makan  sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan
      kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan
adalah

MALAIKAT RAHMAT,LOCENG DAN ANJING

      Tarikh Hantar Soalan    :               17/04/2008 03:50 PM   
        Soalan  :               apakah hukum perempuan memakai gelang kaki?bagaimana jika memakai gelang kaki tanpa loceng?adakah hukum nya sama??. 

Tuesday, July 20, 2010

kenapa allah hilangkan lidah ikan

> Nak dengar satu cerita tak?
> Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
> Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari
kiamat nanti
>
> ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka

Monday, July 19, 2010

Saturday, July 17, 2010

KESAN SAMPINGAN MAKAN BUAH KURMA

Assalamualaikum, Dari ceramah Yg Bhg. Ustaz Ismail Kamus.

Dari pemerhatian Us. Ismail Kamus, beliau menasihatkan bagi golongan kebanyakan supaya mengurangkan makan kurma terutama kurma nabi atau kurma Najwa.

Friday, July 9, 2010

GAJI KETUA POLIS NEGARA

Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.
Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.
Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga kepentingan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.
Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.
Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang

Wednesday, July 7, 2010

FUHH.NASIB BAIK,,




HARI NI GUA LAMBAT MASUK KIJA,,SO BILA GUA SAMPAI PARKING GUA DAH
ADA ORANG AMBIL...FUH KECHEWA,,TAPI NK WAT CAMNA,,SAPA SUH LAMBAT KAN KAN
BILA PETANG HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA...TIBA -TIBA GUA DAPAT CALL
DARI HR MENGATAKAN KERETA GUA KENA HIMPAP POKOK.DENGAN BERDERAU GUA
PERGI TENGOK KERETA GUA,,,,BILA SAMPAI SIHAT JER KERETA GUA,,,
RUPA RUPANYA KERETA YANG PARKING TEMPAT GUA KENA HIMPAP.....

HU HU,,,ALHAMDULILLAH DALAM HATI.TAPI CIAN TENGOK KERETA BRADER TU,,
ANTIK KERETA TUU,,
TULA YANG DIKATAKAN MALANG TAK BERBAU DAN BERNASIB BAIK,,,,,

Monday, June 21, 2010

BEFORE AND AFTER MARRIAGE



Before marriage....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: No! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course! Over and over!

She: Have you ever cheated on me?

He: No! Why are you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Every chance I get.

She: Will you hit me?

He: Are you crazy! I'm not that kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

She: Darling!

After marriage....

Simply read from bottom to top.

Friday, June 11, 2010

SENARAI MAKANAN DAN HIKMAHNYA DALAM ISLAM


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Wednesday, June 2, 2010

YAHUDI TETAP YAHUDI

YAHUDI TETAP YAHUDI,,LAKHANAT,,,,

MARILAH KITA MENDOAKAN AGAR ALLAH MENJATUHKAN BALA KEATAS KAUM

TERKUTUK INI,,,

POLITIK

BERCAKAP TENTANG POLITIK MEMANG SEDAP DIDENGAR,,,

TETAPI JIKA ANDA TAHU DISEBALIK POLITIK ITU,,ADUH KEJAM,

PENUH DENGAN HASAD DENGKI,KHIANAT DAN

TERBAWA BAWA DALAM POLITIK KERJA,,,,ADAKAH DITEMPAT KERJA ANDA BEGINI,,

TANPA SEURAT BENANG,18THN SX



TAWAKAL SI ANAK KECIL

Tawakkal si anak kecil

Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.

Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu. Tiba-tiba anaknya menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.

"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya. Anaknya menjawab: "Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah".

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak. "Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunun lagi.

Anaknya menjawab: "Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.

Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.

Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih kurang dua belas tahun.

Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.

Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal."

ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!! !KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

Sumbangan : Nu'man An-Nabighoh

KISAH SI IBLIS

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”
Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”
Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”
Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Tuesday, June 1, 2010

COMPLETE AND FINISH

People say there is no different between COMPLETE AND FINISH..

bUT THERE IS A DIFFERENCE,,

when you love the right one you are complete,

when you love the wrong one you are finish

SALAH CIKGU MATEMATIK ATAU CIKGU BAHASA



SURAT KHABAR 95 THN



Friday, May 28, 2010

GERENTI TAK KENA CUKAI TANAH





BUNGA BAKAWALI








A N DA A N TARA YA N G BERTUAH DAPAT MELIHAT KEAJAIBA N DU N IA. ..

SEBARKA N PADA MEREKA BELUM MELIHAT YER.................!!!