Bina Peribadi Waktu Makan
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa
menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan
kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan
adalah
program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada
waktu
makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah.
Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila
dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa
hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi
kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita,
tengok
waktu makan."
2. Baca bismillah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut
atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil
masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan
tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor
oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit
yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat.
Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak
mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.
Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.
"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk
yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau
dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang
mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada
orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah
kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain,
itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat
suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah
ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa?
Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.
Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan
menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan
adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab
itu ia
mempengaruhi roh."
baguskan info macam ni ...tq for sharing...amalan macam ni memang patut diamalkan...takde la berebut2 nak ambik lauk [paling sedap je....
ReplyDeleteSalam Bloggerman,
ReplyDeleteMemang elok, beradab tertib, kalau dah diasuh cara baik, sampai bila-bila pun dia ingat.
hurm..alangkah bagos yer kalau begitu..sunnguh jeles pade sesiape yg ade famili yg epi..nie nk mkn o lepak pon amat la jarang walaopon tinggal sebumbung,pernah cube utk memperbetulkan keadaan tu tp hajat tidak kesampaian..biarlah tuhan takdirkan segala yer..amin..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteinfo bonus .sharing 4 caring.tq vm