clik disini ye

Friday, July 9, 2010

GAJI KETUA POLIS NEGARA

Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.
Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.
Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga kepentingan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.
Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.
Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.
Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ;
PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA
I. GRED GAJI SSM: VUYY3
III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007
RM13849.67
Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.
Elaun rumahnya RM2500.00
Elaun Keraian RM5100.00
Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00
Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun.
Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain !

7 comments:

  1. cam nk apply jdi ktua polis negara ni... spa8 ada kot.. hahahaha....
    bdk degree msti boleh apply kn....

    p/s: tk sgka gaji kpn bnyk tu.. ptut rmi nk brebut...

    ReplyDelete
  2. so cemana negara kiter hampir muflis? psl rakyatnyer yg boros eks? wth...

    ReplyDelete
  3. yang 2 bru duet gaji + duet elaun toh da kire tahap puloh2 ribu..blom kire duet kopi agy..
    cmpor duet kopi ade ar dlm 4 juta sbulan..
    perghh,,,kayo2...

    ReplyDelete
  4. padan pun gaji kakitangan awam lain xnaik2...bos2 dah bergaji besar..huhhu

    ReplyDelete
  5. Banyak Jugak gaji Ketua Polis nie. Gaji besar pun namanya makan gaji juga. Gov Servant. Rasanya gaji bekerja sendiri lagi best. Dulu masa makan gaji aku dapat gaji tiap bulan RM1800(keja swasta). Aku buat keputusan untuk berhenti dan bkeja sndri. Alhmdulillah tiap bulan dapat 5 angka. Berbaloi sbulan dapat RM20K keatas. Alhmdulillah sangat2.

    ReplyDelete
  6. nih org kata musa kawen ngan artis sampai 15juta tanpa sponser.....byk duit dia....hahhahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar la dia nak gaji besar pon,tak menyusahkan korang

      Delete