BANGSA YANG MENUJU KEHANCURAN
- Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan mengutuk kerana pemimpinnya zalim.
- Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila dunia dan mengampu orang-orang besar.
- Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.
- Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata serta tidak memikirkan halal dan haram.
- Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.
- Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan aurat.
- Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.
- Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.
- Isteri-isteri tidak taat dengan suami.
- Suami-suami dayus.
- Murid-murid tidak hormat kepada guru.
- Guru-guru tidak sayang kepada murid.
- Banyak berlaku krisis dan perpecahan.
- Apabila banyak berlaku perzinaan.
- Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah
- Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan, pencurian.
- Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.
- Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.
- Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak rintangannya.
- Orang baik sedikit, orang jahat ramai.
- Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.
- Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.
- Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.
- Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat
No comments:
Post a Comment