APA ITU MATI PUCUK
Mati Pucuk - Erectile Dysfunction
Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah antara perkara yang
ditakuti oleh golongan lelaki. Sekitar 2.2 juta lelaki Malaysia
menghadapinya dan ramai pula menderita dalam senyap.
ED bermaksud ketidakupayaan seorang lelaki untuk mencapai atau
mengekalkan ketegangan yang mencukupi dalam melakukan hubungan seks.
Ia boleh dikategorikan sebagai :-
• Keupayaan lelaki mencapai ketegangan
• Keras ketegangan yang dicapai
• Keupayaan mengekalkannya dan mencapai kepuasan seks
Apabila seorang lelaki ghairah seks. Zakar lelaki menjadi tegang
apabila darah mengalir masuk ke dalam dua ruang yang dipanggil
"corpora cavernosa". Ruang ini akan membengkak dan menekan salur-salur
darah yang membawa darah keluar daripada zakar. Hasilnya darah
diperangkap, aliran keluar lebih perlahan daripada yang masuk dan
zakar akan terus menegang.
Apakah punca ED?
Banyak punca ED adalah daripada masalah kesihatan dan tidak menjaga
kesihatan dengan cara yang baik. Antara punca ED adalah :-
Atherosclerosis, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, stroke,
kecederaan saraf, tekanan dan kemurungan, peningkatan usia,
pengambilan ubat-ubat tertentu, arak, rokok, pengambilan najis dadah
dan kurang keyakinan diri.
Kebanyakan yang disenaraikan adalah masalah kesihatan yang boleh
dielakkan sekiranya mengamalkan amalan kesihatan yang sepatutnya.
Terdapat pelbagai cara rawatan ED. Antaranya adalah pengambilan ubat,
pelet intraurethral, rawatan vakum, suntikan penile dan implan penile.
Rawatan yang terbaik adalah penjagaan kesihatan. Amalkan pemakanan
yang sihat. Lebihkan sayuran hijau dan buah-buahan, kurangkan tekanan,
rajin bersenam, berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol.
Perkara yang paling baik adalah dengan berjumpa dengan doktor dan
berbincangnya.
Terdapat juga kajian bahawa senaman otot pelvis boleh meningkatkan
kadar bertahan seorang lelaki. Cara senaman ini dilakukan adalah
umpama anda menahan kentut. Tahan dan lepas berulang kali selama dan
sekerap mana yang boleh. Lakukan setiap masa dan sekerap yang boleh.
Perubahan akan dapat dirasai selepas tiga bulan bergantung kepada
keadaan mati pucuk seorang lelaki. Ramai yang mula pulih atau ada yang
tiada perubahan. Tidak salah untuk mencuba. Senaman ini bukan sekadar
untuk yang tidak tegang sahaja malah latihan otot ini boleh dilakukan
oleh mereka yang tidak mampu bertahan lama.
Namun senaman otot pelvis bukan sahaja digalakkan bagi yang mati pucuk
dan ia juga untuk yang sihat. Bagi yang sihat senaman ini boleh
memastikan kemampuan bertahan akan berpanjangan terutama bagi yang
berusia. Bermula awal akan memastikan otot-otot pelvis kekal kekuatannya.
Sumber rujukan :-
Pelbagai sumber antaranya
Pamplet "Freedom to choose spontaneous Intimacy" tajaan Eli Lilly.
Pamplet "Live Vitra Life Speak to your doctor" oleh Bayer HealthCare.
No comments:
Post a Comment