clik disini ye

Sunday, January 9, 2011

ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :  'Hendaklah Kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan

lidahnya ketika maut menghampirinya. '  Ini jelas menunjukkan,
Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan Berkumandang.  Sebagai orang beragama
Islam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya
.  

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.  
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan
lidahnya ketika nazak.  Kita takut dengan Kelunyalidah Kita

semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga
untuk mereka.  Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan
dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah

'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami..  
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

8 comments:

  1. btol tuh...kene la diam...pantang tol kalo org dok pot pet pot pet time azan....per prasaan dorang eh.?? tak rase bersalah ke..

    ReplyDelete
  2. amin.....nice info...

    ReplyDelete
  3. Bagus tu tuan.
    Biar kita sama2 ambil iktibar.
    Jangan kita menganggap remeh perkara berkaitan azan nih. Ia adalah panggilan untuk bertemu dengan Allah.

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah s.w.t. yang Maha MengetahuiNya..amin

    ReplyDelete