clik disini ye

Tuesday, July 27, 2010

MALAIKAT RAHMAT,LOCENG DAN ANJING

      Tarikh Hantar Soalan    :               17/04/2008 03:50 PM   
        Soalan  :               apakah hukum perempuan memakai gelang kaki?bagaimana jika memakai gelang kaki tanpa loceng?adakah hukum nya sama??. 

        Jawapan :               Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"

Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..Sebaliknya jika tiada loceng adalah diharuskan..
        Status  :               Selesai - Paparan Web.
.       Nombor Rujukan  :               PANEL SJAI 170408     
        Tarikh Selesai  :               17/04/2008 04:42 PM   

2 comments:

  1. Hubby Sweetie suka isterinya memakai gelang kaki tapi tanpa locengla..katanya seksi...gitu

    ReplyDelete
  2. woa! tak dapat baca. gelap!

    adeh..

    ReplyDelete